Wednesday 24 June 2009

DAKWAH TIDAK ADIL?

Assalamualaikum W.B.T...

Pada kali ini saya akan berbicara tanpa lisan dengan menggunakan bahasa ibunda saya sendiri.Saya bukanlah bertujuan untuk menidakkan peri pentingnya bahasa Arab dan bahasa Inggeris,tetapi saya cuba mengaplikasikan ketiga-tiga bahasa yang saya pelajari.
Sejauh mana kebenaran yang mengatakan proses dakwah tidak adil.Berdasarkan kefahaman saya,dakwah secara umumnya boleh diertikan sebagai seruan ke arah kebaikan dan melarang berbuat kejahatan.Jom kita pusatkan medan penglihatan 360% kita ke arah senario yang tertera dibawah...
1-A dan B melakukan kesalahan yang sama atau hampir sama,C menegur kesalahan A tetapi tidak kepada B.
2-A dan B melakukan kesalahan,C berani menegur B tetapi tidak kepada A.
3-A dan B serta C bersama-sama,C tidak dipedulikan dan seolah-olah tidak wujud pada pandangan A dan B.
4-A dan B mengkhabarkan kepada C pada dua waktu yang berbeza,C menumpukan perhatian dan pendengaran tanpa membalas atau menyampuk kepada si B tetapi tidak kepada A.
5-A berdakwah kepada B sekian sekian,tetapi tidak kepada C.

Kesimpulannya,berbahagialah orang yang adil dalam persahabatannya dan berdakwah dengan adil kerana adil dalam persahabatan adalah perkara subjektif.
NO PEACE,NO JUSTICE

No comments: