Monday 7 September 2009

JOM KE GERBANG JIHAD EKONOMI

The Prophet ( sallallahu ‘alaihi wasallam) said :

I have not been ordained through revelation to accumulate wealth and to be among the traders, but rather I have been asked through revelation to praise your Rabb( Lord) and to be among those who prostrate(offer salah) and to worship your Rabb until the yaqin(the absolutely certain thing: the death or the qiyamah) approach.

Hadith quoted by AL-GHAZALI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Untuk kali ini, penulis ingin membawa pembaca blog ini mengenali “ The Father of Economics” tidak lain dan tidak bukan Ibnu Khaldun. Nama penuh beliau ialah ‘Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami. Beliau dilahirkan di Tunisia pada 1 Mei 1332 Masihi bersamaan 1 Ramadhan Hijri. Alangkah beruntungnya Ibnu Khaldun lahir dalam bulan Ramadhan, bulan umat Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam. Beliau meninggal di Kaherah pada 19 Mac 1406 Masihi bersamaan 25 Ramadhan 808 Hijri..

Dalam bukunya yang kita sedia maklum, “Muqaddimah” telah menggariskan asas-asas dalam bidang pengetahuan yang berbeza, khususnya ilmu ketamadunan(al-‘Umran).Beliau banyak berjasa dalam ‘menggali telaga’ ekonomi. Sumbangan beliau yang penting terhadap ekonomi seharusnya meletakkannya sebagai pelopor dalam sejarah idea ekonomi bukannya Adam Smith yang diagungkan Barat.Walaupun beliau mempunyai sumbangan yang hebat dalam lingkungan tahun 300 hingga 700 Masihi, selepas kematian Ibnu Khaldun.

Hakikatnya, Ibnu Khaldun yang mula merintis jalan ke arah pengenalan bidang ekonomi. Ibnu Khaldun tidak hanya mengembangkan teori ekonomi kuno sama ada dalam bidang pengeluaran, bekalan, atau kos, bahkan beliau juga mempelopori bidang penggunaan, permintaan dan kegunaan, yang merupakan batu asas kepada teori ekonomi moden.

Sebelum Ibnu Khaldun, Plato dan ‘Xerophone’ terkininya telah wujud. Barangkali sebagai penulisan untuk pertama kali, satu laporan kasar terhadap pengkhususan dan pembahagian kerja telah dibentangkan. Pada satu tahap bukan teori, orang Mesir Purba dalam dinasti ke-18 menggunakan teknik pengkhususan, bertujuan untuk menjimatkan masa dan menghasilkan lebih banyak kerja dalam sejam. Mengikut Plato, Aristotle telah mengutarakan cadangan akan pengertian ekonomi dan mempertimbangkan kegunaan wang dalam tukaran analisisnya. Sebagai contoh, kegunaan kasut untuk pemakaian dan kegunaanya dalam penukaran. Kemudiannya Adam Smith mendedahkan kasut sebagai nilai kegunaan dan penukaran.

Sebelum Ibnu Khaldun, aspek pemikiran ekonomi yang lain adalah semata-mata berdasarkan akademik dan idea “Canonities”, yang meletakkan ekonomi dalam rangka undang-undang berdasarkan agama dan persepsi moral untuk kebaikan semua. Oleh itu, semua kegiatan ekonomi adalah terikat dengan undang-undang. Ibnu Khaldun menyedari akan idea-idea ini termasuk satu idea yang berhubung kait dengan agama, yang menjadi tanggungjawab kerajaan yang baik dan tanggungjawab seseorang terhadap yang lain adalah secara berkesannya dihuraikan secara terperinci dalam perbincangan terhadap surat Tahir Ibn al-Husain, amir Khurasan kepada anaknya ‘Abdallah. Tahir dan keturunannya telah memerintah Khurasan sehingga 872 Masihi. Daripada idea asasnya, Ibnu Khaldun membina satu teori pencukaian yang mempengaruhi pemikiran ekonomi moden dan juga dasar ekonomi di Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain.

Dokumen ini memberikan kepada Ibnu Khaldun penghargaan yang berpanjangan dan pahatan nama beliau dalam sejarah serta menempatkan beliau sewajarnya dalam sejarah pemikiran ekonomi. Idea-idea asas beliau adalah hakiki dan mendalam dan diterima walaupun terdapat pelbagai jenis ekonomi yang telah wujud. Beberapa abad kemudian, idea yang sama telah diperkembangkan oleh golongan kapitalis, iaitu pemodal dagangan dalam abad ke-17 – Sir William Patty, Adam Smith, David Ricardo, Thomas R.Malthus, Karl Marx, dan John Maynird – hanya menamakan beberapa orang sahaja. Akhirnya, idea ini diteruskan oleh ahli teori ekonomi mutakhir.

Bersambung…