Friday 18 September 2009

RAMADAN YANG DINANTI...IA PERGI JUA

Salam Ramadan...kali ini,penulis ingin mencoretkan serba sedikit pengalaman berpuasa buat pertama kalinya di luar bumi merdeka,MALAYSIA.
Dalam fasa pertama Ramadan,penulis melalui ujian prestasi bahasa Arab selama 4 hari,dan mula bercuti pada 1 september 2009.Sememangnya,cuti kali ini sangat bermakna buat diri penulis dan rakan-rakan kerana tiada lagi kelas untuk tahun persediaan.Hal ini bermakna penulis dan rakan-rakan akan mengikuti kelas untuk tahun satu,tiada lagi kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab yang perlu dipelajari.Bercerita mengenai pengalaman meraikan kedatangan Ramadan,Ramadan di Bumi Kinanah memberikan suatu kelainan pada diri penulis.Penulis dapati suasana Ramadan disini sangat mendapat sambutan.Apa yang penulis maksudkan adalah daripada aspek makanan,ibadah,dan masyarakat Islam disini.Jika diperhatikan,masjid-masjid di sekitar 'kota seribu menara' atau 'city that never sleeps' dibanjiri dengan umat Islam baik pada siang hari atau di malam hari.Bacaan imam yang merdu pula sangat menyentuh perasaan penulis.Pada bulan ini,golongan berada berlumba-lumba mengejar pahala dengan menyediakan juadah berbuka puasa di masjid-masjid untuk golongan musafir dan untuk orang yang tidak berkemampuan.Tanglung Mesir atau 'fanus' menghiasi panorama malam di jalan-jalan mahupun di rumah-rumah.Umat Islam Mesir kelihatan mereka mengejar pahala membaca al-Quran dengan mentartilnya dan mengkhatamnya.Penulis juga mengambil kesempatan berada di Mesir, ke masjid Amru al-As,tertua di Afrika,yang menjadi tumpuan penduduk Kaherah,khususnya penduduk sekitar masjid tersebut untuk mengerjakan solat sunat Tarawih dan Witir.Apa yang menariknya,rakaat terakhir dalam solat Witir yang diimami Syeikh Jibril memakan masa selama 1 jam,yang mana bacaan qunutnya 55 minit.Ketika qunut dibacakan,bergema satu masjid dengan sahutan 'ameen' dan 'Ya Allah' oleh para makmum.Penulis bertolak menaiki teksi,walaupun terpaksa membayar tambang yang agak mahal,tetapi berbaloi jua memandangkan pengalaman yang bakal diperoleh disana nanti.Menjelang solat Asar,persekitaran masjid sudah mula dipenuhi oleh orang Mesir,ada yang membawa juadah berbuka,ada yang membawa keluarga,tidak kurang juga ada yang membawa diri menantikan juadah 'maidaturrahman'.Penulis mengambil kesempatan beramah mesra dengan salah seorang remaja Mesir yang diberi nama ' Ulaa'/علا .Kononnya mahu memantapkan penguasaan loghat tempatan.Katanya,dia datang menemani neneknya yang ingin mengerjakan solat berimamkan Syeikh Jibril.Katanya juga,sudah 3 hari dia datang ke masjid itu.Kami bertukar-tukar soalan mengenai Ramadan di Mesir dan negaraku.Apabila disingkap lebih mendalam mengenai dirinya,ternyata dia seorang Azhariyyah yang berada di tahun 2 sekolah i'dadi.Dalam usianya yang baru menginjak 15 tahun,dia sudah menghafal kesemua juzuk dalam al-Quran.Subhanallah,andai penulis dapat menghafal kesemua juzuk dengan jayanya.Apa yang membuatkan perasaan penulis tersentak dan menjadi hiba,adalah daripada perbualan berikut(campur aduk antara loghat tempatan dan bahasa Arab standard:)
دار الحوار بيني وعلا
-:تقريبا كالتالي
أنت تأتي مع جدتي بس؟
علا :أيوه
الكاتبة:والديك لا يأتيان هنا؟
علا :ماما في البيت
الكاتبة:في البيت؟؟؟
علا:أمي قد ماتت،هي عند ربنا.
يتغير شعور الكاتبة،وأسأل ماذا حدث أو بسبب إيه موتها.بدأت تحكي الحق،
علا
:أبي وأمي ماتا في حادثة السير،أي بين 'ميكرو باس'و سيارة.
الكاتبة:إمتى حدثت؟
علا:سنة ماضية.

Innalillah wa inna ilaihi raji'un.Semuanya ketentuan Ilahi.Tiada riak sedih di mukanya,kelihatan dia cuba menyembunyikan apa yang tersirat di hatinya.Tidak tergambar bagaimana tabahnya budak ini.Di kala kita yang masih ada ibu dan bapa,dia hanya bertemankan neneknya yang satu.Ya Allah!aku mahu setabahnya dalam menempuh hidup ini.Penulis tutup cerita ini.Beralih pula kepada kisah yang memberikan satu teladan buat diri penulis,umat Islam adalah bersaudara.Ketika hampir azan dikumandangkan melalui corong pembesar suara masjid,saya dan rakan-rakan sempat merakamkan beberapa kepingan gambar untuk dijadikan tatapan bersama,kenangan yang tidak dapat dilupakan.Kami juga sempat mengalihkan pandangan,cuba memerhati gelagat masyarakat Mesir ketika hampir berbuka.Mak cik-mak cik yang berdekatan dengan kami perasan akan kami yang selalu memerhatikan mereka.Salah seorang daripada mereka menghulurkan sedikit juadah berbuka walau kami cuba memberi respon 'la baksa'kerana kami juga sudah membawa hidangan yang mencukupi.Jawabnya'ehna misriyyin wa muslimin,wa entum bardu muslimin'.Ya,kami tak menafikan,lalu menerimanya atas dasar persaudaraan.Ya,manisnya Islam kerana konsep persaudaraan yang dititikberatkan.Saya juga sempat berkenalan dengan 'Ahlam'/أحلا م .Begitulah serba ringkas apa yang ingin penulis paparkan buat pembaca sekalian.Penulis mengakhiri tinta penulisan kali ini dengan satu ayat bahasa al-Quran:

  

كاد رمضان أن ينتهي،وهو على وشك

 الانتهاء وسنفتقد هذا الجو الرمضاني حقا 



dan segugus doa:

اللهم اجعل رمضان شاهدا لنا لا
علينا،اللهم شفع فينا القرآن والصيام،اللهم اجعل كل أيامنا رمضان
.