Saturday 25 April 2009

KUPASAN ILMIAH

Assalamualaikum W.B.T.Penulis sempat meluangkan sedikit masa membaca dan meneliti apa yang terkandung dalam buku hasil karya pakar motivasi terkenal,Dr HM.Tuah Iskandar al-Haj.
Dalam buku"Membina Imaginasi Cemerlang",menceritakan bagaimana imaginasi itu menjadi realiti.Dalam surah az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?,sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran".Surah Al-Mujadilah ayat 11 mafhumnya:"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".
Jika kita perhatikan,tamadun keilmuan islam sentiasa menggalakkan perbicaraan disiplin ilmu yang secara realitinya masih belum diteroka sepenuhnya oleh orang Islam.Hal ini bertepatan dengan wahyu pertama dimana berkaitan dengan pembacaan untuk menatijahkan maklumat.Berbalik kepada topik imaginasi,ia mampu merealitikan impian selama mana dibajai dan disirami dengan ilmu,pengalaman dan aktiviti.Ringkasnya,
Angan-angan+usaha+wawasan+kasih dan tunduk pada kuasa Allah=impian menjadi realiti...to be continued