Friday 25 September 2009

HABLUM MINAN NAAS

Salam Syawal yang mulia…Untuk kali ini penulis ingin membicarakan mengenai hubungan antara manusia dengan manusia.Hubungan ini adalah yang paling sukar untuk dipelihara memandangkan hubungan ini membabitkan manusia yang mempunyai akal,fikiran,dan sensitiviti yang berbeza.Penulis ingin mendedahkan konflik yang kerapkali berlaku dikalangan manusia dan berikut adalah sebahagian konflik dan keadaan yang menggugat hubungan antara mereka yang dikatakan hanya boneka-boneka yang menunggu masa untuk dimusnahkan(bicara rakan penulis).

1-Berlaku antara 3 orang.Penulis namakan A,B,dan C.B dan C melakukan kesilapan yang sama atau hampir sama,tetapi A sebagai kawan kepada mereka berdua hanya menegur B.A tidak menegur C secara berdepan hanya kerana takut kehilangan C atau mungkin A tidak berani menegur C.

Keadaan ini harus diperbetulkan kerana konsep persahabatan yang dipraktikkan oleh A adalah tidak betul.Seharusnya kawan yang baik adalah kawan yang adil dalam persahabatan dan membawa kawannya kea rah kebaikan dengan cara menegur rakannya walau dia tahu dia mungkin akan kehilangan kawannya.

2-Keadaan di mana A hanya berkawan dengan B.Sepatutnya kita hendaklah berkawan dengan semua orang walau kita tidak menyenangi watak dan perwatakan yang dimilikinya.Apa yang penulis maksudkan ialah A dan B kemana sahaja hanya berdua.

3-Keadaan di mana manusia hanya berkawan antara kumpulannya sahaja atau boleh dikatakan berkawan dengan gengnya sahaja.Mereka akan memulaukan manusia yang bukan sekepala dengan mereka(tidak memiliki fikiran,hobi,dan kecenderungan yang sama).

Apa yang penulis ingin kongsikan disini…terdapat 3 golongan manusia dalam bab perintah dan akur.Golongan pertama adalah golongan yang asyik memerintah orang lain dan berasa kurang senang apabila orang lain memerintahnya melakukan sesuatu perkara.Golongan ini harus diberikan nasihat agar mereka sedar siapakah mereka ?.Golongan kedua adalah golongan yang suka memerintah dan diperintah manakala golongan terakhir adalah golongan yang asyik diperintah.Jika pembaca sekalian bijak,sudah tentu kalian akan memilih menjadi golongan kedua.Amat malang bagi sesiapa yang dikategorikan dalam golongan ketiga.Mereka adalah dikalangan orang yang dizalimi jika apa yang diperintahkan adalah di luar batas kemampuan dan doa golongan ini dimakbul oleh ALLAH,inshaAllah...

Selain itu,sikap manusia mencerminkan keperibadiaannya.Oleh itu,sebagai seorang pendakwah,seseorang itu harus menghiasi keperibadiannya dengan akhlak yang terpuji.Amatlah berat tugas seorang pendakwah.Pada kesempatan ini,saya ingin mencoretkan sedikit tinta kalam mengenai perpaduan dalam Islam.Jika kita perhatikan,larinya seseorang daripada satu jamaah Islam adalah disebabkan oleh pemulauan atau ketidakpedulian anggota jamaah itu terhadapnya.Saya kira ini salah satu sebabnya (Islam itu memberikan umatnya kebebasan bersuara).

Akhir kalam daripada saya,kita sebagai umat Islam harus sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan dan percakapan kita kerana kita belum tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita kelak bak kata pepatah,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

Sesipa yang terbaca artikel ini dan ketidakpuasan membelenggu diri,maka sebarang ketidakpuasan itu boleh diterjemahkan dalam bentuk penulisan bukan melalui pertuturan.Penulis mengingatkan saudara/ri pembaca sekalian,penulisan adalah satu wadah yang mampu mengubah corak pemikiran seseorang.

Sekian,wassalam