Thursday 1 October 2009

KEPULANGAN YANG DINANTI

Pada petang hari itu,Mak Jah hanya duduk-duduk di beranda rumahnya yang berbumbungkan zink yang sudah 15 tahun tidak ditukar dan carik ditembusi titisan hujan.Namun begitu,Mak Jah yang hanya bertemankan kucing peliharaannya tidak sesekali mengeluh akan keadaan itu.Baginya,cukuplah rumah itu yang merupakan tinggalan arwah suaminya berperanan sebagai tempat penyeri hidup tatkala anak-anaknya dan cucu-cucunya yang seramai 12 orang berkumpul bersama-sama buat melepaskan rindu yang mencengkam dek kesibukan tugas dan tuntutan hidup zaman atom kini.Tinggal beberapa minit lagi azan dari menara masjid dan corong radio akan dikumandangkan.Juadah untuk petang itu sudah tersedia di dapur.Mak Jah hanya bermonolog sendirian"dah masuk 18 Ramadan,hmmm,bila lah aku nak mendengar riuh-rendah bingitan suara anak cucuku".
Mak Jah meluru ke dapur,mendapatkan juadah yang sudah disiapkan lalu menuju ke ruang tamu rumah.Sambil menunggu masuknya waktu berbuka,dia menonton rancangan kegemarannya'Jejak Rasul' yang memaparkan beberapa buah negara yang tercatat pada sejarahnya kisah kenabian para Nabi.

Pada malam itu,usai solat Tarawih dan Witir berimamkan Pak Mat,ketua kampung yang cukup disegani,Mak Jah pulang awal ke rumahnya.Dia punya rencana tersendiri pada pagi keesokannya.Dia mahu keluar ke bandar membeli barang keperluan untuk persiapan raya,termasuklah sepasang baju kurung biru laut untuk digayakan di pagi raya.Itu semua sudah bermain di kotak fikirannya.Di bandar,Mak Jah dan kawan sepermainannya sejak kecil lagi berjalan-jalan di sekitar kawasan bandar itu.Dalam usia mereka berdua yang hampir menjangkau 60-an,mereka masih punya kudrat dan kekuatan yang diberikan Tuhan.Mereka singgah sekejap di bazar Ramadan,membeli kuih-muih buat hidangan mereka berdua.Kawan Mak Jah juga senasib dengan Mak Jah,kerana anak-anak mereka berjauhan dengan mereka.Malam itu,Mak Jah bermalam di rumah kawannya.
Ramadan berlalu begitu pantas tanpa menunggu manusia yang terkejar-kejar pahala mengerjakan ibadat qiamullail pada malamnya.


Bersambung...