Friday, 12 December 2008
Konsep A.M.N.M
Konsep A.M.N.M. sering kita dengar dalam perkara-perkara yang menyentuh tentang agama ISLAM.Pernahkah kita terfikir sejak kecil lagi kita didedahkan dengan konsep ini sama ada secara langsung seperti pengajaran guru dalam kelas atau secara tidak langsung seperti didikan ibu bapa terhadap anaknya.Persoalan yang hendak ditimbulkan disini ialah adakah kita benar-benar faham pengertian konsep ini dengan lebih wadhih.Amar Makruf Nahi Munkar adalah satu kewajipan dalam ibadah.Dalam hal ini kita perlu tahu tanggungjawab muslim membela agamanya dan disiplin yang perlu dipatuhi dalam menunaikan tanggungjawab ini.Secara jelasnya,ada dua keadaan dalam dunia islam.Pertamanya si bacul yang enggan bela agama kerana dipenuhi sifat munafik dan yang keduanya si berani yang tidak mahu ikut peraturan dalam bela agama.Ini adalah sesuatu yang mendatangkan bidaah orang jenis ini tidak bertindak secara rasional.Kita tahu bahawa dalam agama ada peraturan dan disiplinnya yang tersendiri.Dalam perlaksanaan A.M.N.M.,memerlukan kesederhanaan Atau al-wasatiyyah yakni tidak ifrat (melampau) dan tidak tafrit (cuai).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment