Friday, 12 December 2008

Universiti Terulung di Seantero Dunia

Mesir sememangnya terkenal dengan jolokan bumi anbiyak dan ardhul kinanah dan pusat pemerintahan kerajaannya,Kaherah pula terkenal dengan jolokan kota seribu menara.Sememangnya apabila menyebut Egypt ataupun Mesir kita pasti terbayangkan Universiti Islam yang pertama di dunia,Universiti al-Azhar dan Piramid Giza.Saya bukanlah ingin membicarakan apa yang ada di Mesir tetapi nak berkongsi sedikit maklumat serba sedikit tentang universiti tempat saya belajar.Universiti ini dalam bahasa Arabnya sebagai Jaamiatul Azhar atau al-Azhar as-syarif.Ia dibina pada 969M pada zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah(909-1171).Ia adalah universiti kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Uni.al-Qarawiyyin di Fes,Maghribi.Universiti ini terkenal sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan.Disini lahir ilmuan terulung yang sepanjang pengajian mereka,penuh dengan liku-liku kehidupan.Saya teringat suatu kisah bagaimana Imam Abu Hatim ketika dia sedang mencari hadis,keadaannya sangat menyedihkan.Oleh sebab tidak mampu membeli sumbu lampu pada suatu malam,dia terpaksa keluar ke tempat pengawal di tepi jalan.Dia belajar menggunakan lampu penerang yang digunakan oleh pengawal itu untuk meronda.Kadang-kadang apabila pengawal itu tertidur,dia yang menggantikannya meronda.Kesusahan yang dialaminya ketika menuntut ilmu mengangkatnya sebagai ahli hadis yang tidak kurang masyhurnya.Ibnu Athaillah,ulama besar dari Alexandria,pernah berkata untuk mengetahui ilmu itu bermanfaat atau tidak,cukup sekadar melihat kesannya.Jika membuatkan seseorang itu semakin takut kepada ALLAH dan semakin baik dari aspek ibadahnya,maka itu tanda ilmu itu benar-benar bermanfaat.من تأنى نال ما تمنى...

No comments: