Friday, 12 December 2008

Bumi Mauqufah




MAKTAB MAHMUD atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai MAAHAD MAHMUD.Maahad ini adalah sebuah institusi pengajian agama terulung yang banyak mengeluarkan ilmuan dan teknokrat profesional yang memberi sumabangan besar terhadap pendidikan Islam khasnya di Kedah.Namanya agak tenggelam dalam kelompok sekolah agama lain kerana sekolah ini hanya ber*title*kan sekolah agama harian dibawah kelolaan kerajaan negeri.Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada hari hari Jumaat 29 Rabiul Awwal 1355 H bersamaan 19 Jun 1936 M dan juga dikenali sebagai bumi mauqufah. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, Regent and President State and Council Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasmi oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darulaman pada ketika itu.
Tujuan utama Baginda adalah untuk menjadikannya sebagai pusat penyebaran agama Islam, bahasa Arab serta mengeluarkan tokoh-tokoh agama. Tambahan pula Baginda berpendapat Negeri Kedah memerlukan Kolej Islam setanding dengan sekolah-sekolah Inggeris pada masa itu, sistem pendidikannya menggunakan sistem pendidikan Mesir (al-Azhar).
Sumbangan Maktab Mahmud melahirkan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menentang Malayan Union dengan menubuhkan Persatuan Ulama Kedah pada 9 Februari 1946 yang telah berjaya menyatukan keseluruhan ulama Kedah menentang Malayan Union.
Maktab Mahmud dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi oleh Sultan Kedah. Maktab Mahmud hanya terdiri daripada pelajar-pelajar putera sahaja semenjak awal penubuhannya sehingga 31 Disember 1972. Sekolah Agama Tarbiah Islamiah, Jalan Pegawai dicantumkan dengan Maktab Mahmud dan disatukan dibawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud menurut Enakmen Lembaga Maktab Mahmud 1967. Lembaga yang ditubuhkan bertanggungjawab menguruskan urusan-urusan pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, pendidikan dan lain-lain. Bermula dari penyatuan itu, Maktab Mahmud telah membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar puteri.
Antara lepasan sekolah ini ialah Datuk Zainuddin Maidin,mantan Menteri Penerangan,Brigidier Jeneral Dato Jamil Khir Baharom,mantan Ketua Pengarah KAGAT(kini Menteri di JPM),Datuk Sheikh Ghazali Abd Rahman,Tan Sri Dato Abd hamid Othman,Allahyarham Datuk Fadhil Muhammad Nor,mantan Presiden PAS,Datuk Dr Abd Halim Ismail,mantan Pengerusi Bank Islam,Datuk Dr Mashitah Ibrahim,Datuk Paduka Diraja Syeikh Abd Majid Md Noor,tokoh Maal Hijrah kebangsaan,almarhum Syeikh Niamat Yusof,tokoh Maal Hijrah Kedah dan MENTERI BESAR KEDAH yang baru,Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak.
Sememangnya nama sekolah ini agak tenggelam dalam kelompok sekolah agama yang lain kerana hanya bertitlekan sekolah agama harian dibawah kelolaan kerajaan negeri.

No comments: