Sunday, 28 December 2008

HAPPY ISLAMIC NEW YEAR


Assalamualaikum semua,rasanya dah lama tak mengemaskini.Apapun kita sudah berada dalam tahun baru islam yang ke 1430H.SALAM MA'AL HIJRAH khususnya untuk pembaca blog ini.Kita renung kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang tahun 1429 H yang lalu.Adakah kita sudah mempunyai persediaan yang cukup untuk bekalan akhirat sana seperti mana kita membuat persediaan untuk ke dewan peperiksaan[ad-dunya mazra'atul akhirah].Disini,rasanya belum terlambat untuk saya menyeru diri saya dan semua supaya menanam azam baru,perbaiki diri untuk ke arah yang lebih baik.ALLAH AZZA WAJALLA says in The Holy Qur'an in ar-Ra'd that means{Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri.Jadi jelaslah kita perlu membuat perubahan secara sendiri.Percayalah!Kita adalah khaira ummah sebagai memetik ayat qur'an "Kuntum Khaira Ummatin Ukhrijat Linnas".Sebenarnya dalam sehari,berapa lafaz 3T yang kita ucap?3T merujuk kepada takbir,tahmid dan tasbih.Alangkah bagusnya kalau kita tambahkan pahala dengan konsep 3T yang saya bicarakan sebentar tadi.Berbalik kepada topik hijrah,hijrah memerlukan pengorbanan dan kerajinan.Sebagai pelajar,berubah kepada lebih tamak akan ilmu dan rajin,pekerja pula ke arah lebih gigih dan produktif serta berdaya saing dan seterusnya mengikut status masing-masing.Tetapi kita jangan lupa kita juga berstatus sama iaitu hamba ALLAH S.W.T.SALAM MAAL HIJRAH and keep blogging to bloggers.

No comments: