Tuesday, 30 December 2008

DUNIA BERGOLAK LAGI

Kini perhatian penduduk dunia terutama Muslim tertumpu kepada ISU SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA.Namun begitu,harus juga melihat dan memerhati negara lain yang tidak kurang hebatnya jika dilihat dari aspek kemanusiaan atau hak asasi manusia.Kalau di Malaysia,kita ada suruhanjaya(SUHAKAM).Alhamdulillah,mas masih selamat hasil kebijaksanaan pemimpinnya[Pemimpin berjasa silih berganti,merdeka tetap kekal abadi] namun tidak dinafikan ad juga gelojaknya.Moga kekal kemerdekaan dan bebas dari segala bentuk penjajahan hatta ma baqiyaz zaman.AMIN...Kita tinjau dulu Pakistan.36 orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan bunuh diri yang berlaku di utara Pakistan pada hari ahad berikutan satu kempen yang hebat untuk mengenakan undang-undang Islam di sana.Di Afghanistan pula,16 rakyat afghanistan (14 kanak-kanak&2 tentera) antara 22 orang yang menjadi mangsa korban dalam serangan puak ekstrem yang juga membunuh 2 tentera Kanada.Seorang penyerang bertindak meletupkan kereta yang diisi dengan bom di luar pejabat kerajaan tempatan di kawasan Ismail Khail.Letupan itu berlaku ketika pemimpin tempatan sedang berbincang mengenai keselamatan dan pilihan raya yang dijangka akan diadakan pad tahun depan.Secara keseluruhannya,penyerang itu telah membunuh 16 rakyat dan mencederakan 58 yang lain.Di Uganda pula,menurut jurucakap tentera Uganda,pemberontak-pemberontak telah membunuh 45 orang dalam gereja katholik di Doruma,di utara Republik Congo kira-kira 40km(25 batu)dari sempadan Sudan.Ahad lalu,tentera Uganda mendakwa pemberontak LRA(Lord's Resistance Army) telah menetak dan mengerat kesemua yang terbunuh di dalam gereja dengan menggunakan parang.Negara jiran kita pula,Thailand berterusan dengan masalah penunjuk perasaannya.Terbaru,9000 penunjuk perasaan kesemuanya berbaju merah yang setia kepada mantan PM terdahulu,THAKSIN menyeru untuk diadakan pilihan raya yang baru .Mereka membuat sekatan jalan dihadapan parlimen di Bangkok dan memaksa PM sekarang,ABHISIT VEJJAJIVA untuk menangguhkan ucapan polisinya.Abhisit memenangi undi parlimen 2 minggu yang lepas setelah mahkamah membubarkan kerajaan pimpinan Thaksin.Berbalik kepada apa yang nak saya kongsikan,iaitu sedikit maklumat yang terkini yang ada dalam minda saya...GAZA...mesti pembaca sekalian tahu apa yang saya maksudkan di sini. Terbaru,penunjuk perasaan dikalangan bangsa arab menuntut dan mendesak pemimpin mereka supaya mengambil tindakan segera terhadap serangan Israel di Gaza.Mereka dari rata -rata negara Arab membakar bendera Amerika dan Israel Ahad lalu sebagai satu tanda protes."ARAB SILENCE IS BEHIND THE BOMBINGS""AMERICAN AND ZIONIST ARE THE LEADERS OF WORLD TERRORISM".Itu adalah kata-kata yang tertera pada banner penunjuk perasaan di Samarra,utara Baghdad.Ribuan orang di The Sunny Arab City of Samarra keluar untuk memenuhi tanggungjawab sosial mereka(membantu mangsa yang tertindas)yang cuma sebagai rakyat dan apa yang termampu cuma menunjukkan tanda protes.Mereka juga berpendapat banyak kerajaan bekerjasama[collaborators]dengan US dan Israel.Di Baladiyat,Baghdad pula,kawasan yang didiami oleh rakyat Palestin yang menjadi pelarian semasa era Saddam,mereka bertindak dengan mengibar kain perintang dan sepanduk,juga mengkritik bangsa Arab tidak berbuat yang secukupnya untuk menyokong rakyat Palestin yang tertindas."KITA TELAH MENUNGGU TINDAKAN DARIPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN ARAB SELAMA HAMPIR 60 TAHUN""USAHA KAMI HANYA SIA-SIA"Jaleel Al-Qasus,wakil Palestin di Iraq.Di Lebanon,protes dan unjuk rasayang serupa di kem pelarian Palestin,rumah kepada 400,000 pelarian yang disingkirkan semasa Israel ditubuhkan pada 1948M.Di Damascus,Syria,ribuan orang membawa bendera Syria dan Palestin memenuhi jalan di pusat bandar Damascus sambil melaungkan anti-US,anti- ISRAEL danbakar bendera Amerika.Antara perkataan pada banner mereka"VICTORY BELONGS TO HEROIC GAZA" "UNTIL WHEN WILL THE ARAB SILENCE CONTINUE?".Polis juga waktu sebegini ada banyak kerjanya takut-takut terjadi perkara yang tak diingini.Di Beirut,polis guna pemedih mata untuk memberhentikan cubaan penunjuk perasaan menghampiri kedutaan mesir di sana bagi menuntut Mesir membuka sempadan dimana 1.5 milion penduduk Palestin tinggal di bawah sekatan Israel dan Mesir.Kenyataan berita memetik sebagai berkata serbuan dan serangan Israel menambahkan lagi perselisihan antara Arab.Jika dilihat dari segenap aspek,ianya amat merbahaya(deadly).Manakan tidak,serangan Israel ke atas Gaza telah mendalamkan lagi pemisah antara Islamist with popular appeal dengan pihak kerajaan yang berkuasa yang dilihat bekerjasama(cooperate and collaborate)dengan israel dan US. Hari kedua serangan,angka terkorban mencecah 290 orang. Israel pula dengan pendiriannya bahawa serangan yang bermula Sabtu adalah tindak balas kepada rocket and mortar fire yang semakin rancak selepas HAMAS ,an islamic group,telah menamatkan genjatan senjata seminggu yang lepas.Menurut Menteri Pertahanan Israel,Ehud Barak,Israel tidak boleh menerima genjatan senjata dengan Hamas kerana...to be continued

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum...israel patut dikecam.