Tuesday, 30 December 2008

Debat Antara Agama

Perdebatan antara agama acapkali diadakan untuk mencapai kata sepakat dan lebih-lebih lagi mewujudkan toleransi antara agama.Apa yang dapat saya coretkan daripada pengetahuan saya ialah mengenai perdebatan yang mempertemukan antara dua tokoh agama terkenal iaitu SHEIKH AHMAD DEEDAT dan PASTOR STANLEY SJOBERG bertempat di gereja di Sweden.Debat ini telah berlangsung selama 3 jam.Disini saya ingin ceritakan serba sedikit biografi kedua-dua tokoh tersebut.Seperti yang diketahui umum,Sheikh adalah seorang pendakwah Islam dalam bidang perbandingan agama terutama agama Kristian dan Islam.Beliau telah menghafal kandungan Bible dalam pelbagai versi seperti Ibrani,Belanda,Inggeris dan Afrika.Beliau adalah pakar dalam hukum-hakam Islam.Dalam perdebatan,beliau memanfaatkan hafalannya dengan banyak menggunakan petikan Bible untuk mematahkan hujah pihak lawan iaitu Kristian.Hasil dakwah mustamirrah dan sikap tidak putus asanya,beliau berjaya mengislamkan ribuan orang di seluruh dunia.
Paderi tertinggi kristian di Sweden,Stanley pula cuba mempertahankan ajaran Kristian dan Bible yang diubah mengikut kepercayaan Holy Trinity yang merupakan sekutu ALLAH.

Selain itu,debat antara agama Islam dan Kristian juga mempertemukan antara dua tokoh hebat iaitu debat antara DR ZAKIR NAIK dan DR WILLIAM CAMPBELL yang berlangsung di Skokie,Illinois,USA.Debat ini memakan masa 4 jam.Dr Zakir adalah pendakwah bebas yang digelar*Walking Computer* kerana ingatannya yang luar biasa dan turut digelar *Deedat Plus* kerana kebolehan beliau berhujah tentang islam dan kristian sebagaimana Sheikh Ahmad.Jika dibandingkan Sheikh dengan Dr Zakir,ternyata Dr memiliki lebih banyak kelebihan kerana beliau secara bersahaja memetik hujah tanpa merujuk kepada sebarang teks.Sementelah pula,Dr Zakir menyahut cabaran Dr William yang pernah menulis buku menghina ALQURAN*The Quran and The Bible in The Light of History and Science*.Dalam buku ini,Dr William mengatakan bahawa fakta-fakta dalam al-Quran bertentangan dengan sains manakala ayat bible menunjukkan fakta sains. Beliau mencabar umat islam untuk menolak tohmahan beliau dan Dr Zakir adalah orang yang menyahut cabaran ini.

No comments: