Friday, 25 September 2009

HABLUM MINAN NAAS

Salam Syawal yang mulia…Untuk kali ini penulis ingin membicarakan mengenai hubungan antara manusia dengan manusia.Hubungan ini adalah yang paling sukar untuk dipelihara memandangkan hubungan ini membabitkan manusia yang mempunyai akal,fikiran,dan sensitiviti yang berbeza.Penulis ingin mendedahkan konflik yang kerapkali berlaku dikalangan manusia dan berikut adalah sebahagian konflik dan keadaan yang menggugat hubungan antara mereka yang dikatakan hanya boneka-boneka yang menunggu masa untuk dimusnahkan(bicara rakan penulis).

1-Berlaku antara 3 orang.Penulis namakan A,B,dan C.B dan C melakukan kesilapan yang sama atau hampir sama,tetapi A sebagai kawan kepada mereka berdua hanya menegur B.A tidak menegur C secara berdepan hanya kerana takut kehilangan C atau mungkin A tidak berani menegur C.

Keadaan ini harus diperbetulkan kerana konsep persahabatan yang dipraktikkan oleh A adalah tidak betul.Seharusnya kawan yang baik adalah kawan yang adil dalam persahabatan dan membawa kawannya kea rah kebaikan dengan cara menegur rakannya walau dia tahu dia mungkin akan kehilangan kawannya.

2-Keadaan di mana A hanya berkawan dengan B.Sepatutnya kita hendaklah berkawan dengan semua orang walau kita tidak menyenangi watak dan perwatakan yang dimilikinya.Apa yang penulis maksudkan ialah A dan B kemana sahaja hanya berdua.

3-Keadaan di mana manusia hanya berkawan antara kumpulannya sahaja atau boleh dikatakan berkawan dengan gengnya sahaja.Mereka akan memulaukan manusia yang bukan sekepala dengan mereka(tidak memiliki fikiran,hobi,dan kecenderungan yang sama).

Apa yang penulis ingin kongsikan disini…terdapat 3 golongan manusia dalam bab perintah dan akur.Golongan pertama adalah golongan yang asyik memerintah orang lain dan berasa kurang senang apabila orang lain memerintahnya melakukan sesuatu perkara.Golongan ini harus diberikan nasihat agar mereka sedar siapakah mereka ?.Golongan kedua adalah golongan yang suka memerintah dan diperintah manakala golongan terakhir adalah golongan yang asyik diperintah.Jika pembaca sekalian bijak,sudah tentu kalian akan memilih menjadi golongan kedua.Amat malang bagi sesiapa yang dikategorikan dalam golongan ketiga.Mereka adalah dikalangan orang yang dizalimi jika apa yang diperintahkan adalah di luar batas kemampuan dan doa golongan ini dimakbul oleh ALLAH,inshaAllah...

Selain itu,sikap manusia mencerminkan keperibadiaannya.Oleh itu,sebagai seorang pendakwah,seseorang itu harus menghiasi keperibadiannya dengan akhlak yang terpuji.Amatlah berat tugas seorang pendakwah.Pada kesempatan ini,saya ingin mencoretkan sedikit tinta kalam mengenai perpaduan dalam Islam.Jika kita perhatikan,larinya seseorang daripada satu jamaah Islam adalah disebabkan oleh pemulauan atau ketidakpedulian anggota jamaah itu terhadapnya.Saya kira ini salah satu sebabnya (Islam itu memberikan umatnya kebebasan bersuara).

Akhir kalam daripada saya,kita sebagai umat Islam harus sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan dan percakapan kita kerana kita belum tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita kelak bak kata pepatah,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

Sesipa yang terbaca artikel ini dan ketidakpuasan membelenggu diri,maka sebarang ketidakpuasan itu boleh diterjemahkan dalam bentuk penulisan bukan melalui pertuturan.Penulis mengingatkan saudara/ri pembaca sekalian,penulisan adalah satu wadah yang mampu mengubah corak pemikiran seseorang.

Sekian,wassalam

Friday, 18 September 2009

RAMADAN YANG DINANTI...IA PERGI JUA

Salam Ramadan...kali ini,penulis ingin mencoretkan serba sedikit pengalaman berpuasa buat pertama kalinya di luar bumi merdeka,MALAYSIA.
Dalam fasa pertama Ramadan,penulis melalui ujian prestasi bahasa Arab selama 4 hari,dan mula bercuti pada 1 september 2009.Sememangnya,cuti kali ini sangat bermakna buat diri penulis dan rakan-rakan kerana tiada lagi kelas untuk tahun persediaan.Hal ini bermakna penulis dan rakan-rakan akan mengikuti kelas untuk tahun satu,tiada lagi kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab yang perlu dipelajari.Bercerita mengenai pengalaman meraikan kedatangan Ramadan,Ramadan di Bumi Kinanah memberikan suatu kelainan pada diri penulis.Penulis dapati suasana Ramadan disini sangat mendapat sambutan.Apa yang penulis maksudkan adalah daripada aspek makanan,ibadah,dan masyarakat Islam disini.Jika diperhatikan,masjid-masjid di sekitar 'kota seribu menara' atau 'city that never sleeps' dibanjiri dengan umat Islam baik pada siang hari atau di malam hari.Bacaan imam yang merdu pula sangat menyentuh perasaan penulis.Pada bulan ini,golongan berada berlumba-lumba mengejar pahala dengan menyediakan juadah berbuka puasa di masjid-masjid untuk golongan musafir dan untuk orang yang tidak berkemampuan.Tanglung Mesir atau 'fanus' menghiasi panorama malam di jalan-jalan mahupun di rumah-rumah.Umat Islam Mesir kelihatan mereka mengejar pahala membaca al-Quran dengan mentartilnya dan mengkhatamnya.Penulis juga mengambil kesempatan berada di Mesir, ke masjid Amru al-As,tertua di Afrika,yang menjadi tumpuan penduduk Kaherah,khususnya penduduk sekitar masjid tersebut untuk mengerjakan solat sunat Tarawih dan Witir.Apa yang menariknya,rakaat terakhir dalam solat Witir yang diimami Syeikh Jibril memakan masa selama 1 jam,yang mana bacaan qunutnya 55 minit.Ketika qunut dibacakan,bergema satu masjid dengan sahutan 'ameen' dan 'Ya Allah' oleh para makmum.Penulis bertolak menaiki teksi,walaupun terpaksa membayar tambang yang agak mahal,tetapi berbaloi jua memandangkan pengalaman yang bakal diperoleh disana nanti.Menjelang solat Asar,persekitaran masjid sudah mula dipenuhi oleh orang Mesir,ada yang membawa juadah berbuka,ada yang membawa keluarga,tidak kurang juga ada yang membawa diri menantikan juadah 'maidaturrahman'.Penulis mengambil kesempatan beramah mesra dengan salah seorang remaja Mesir yang diberi nama ' Ulaa'/علا .Kononnya mahu memantapkan penguasaan loghat tempatan.Katanya,dia datang menemani neneknya yang ingin mengerjakan solat berimamkan Syeikh Jibril.Katanya juga,sudah 3 hari dia datang ke masjid itu.Kami bertukar-tukar soalan mengenai Ramadan di Mesir dan negaraku.Apabila disingkap lebih mendalam mengenai dirinya,ternyata dia seorang Azhariyyah yang berada di tahun 2 sekolah i'dadi.Dalam usianya yang baru menginjak 15 tahun,dia sudah menghafal kesemua juzuk dalam al-Quran.Subhanallah,andai penulis dapat menghafal kesemua juzuk dengan jayanya.Apa yang membuatkan perasaan penulis tersentak dan menjadi hiba,adalah daripada perbualan berikut(campur aduk antara loghat tempatan dan bahasa Arab standard:)
دار الحوار بيني وعلا
-:تقريبا كالتالي
أنت تأتي مع جدتي بس؟
علا :أيوه
الكاتبة:والديك لا يأتيان هنا؟
علا :ماما في البيت
الكاتبة:في البيت؟؟؟
علا:أمي قد ماتت،هي عند ربنا.
يتغير شعور الكاتبة،وأسأل ماذا حدث أو بسبب إيه موتها.بدأت تحكي الحق،
علا
:أبي وأمي ماتا في حادثة السير،أي بين 'ميكرو باس'و سيارة.
الكاتبة:إمتى حدثت؟
علا:سنة ماضية.

Innalillah wa inna ilaihi raji'un.Semuanya ketentuan Ilahi.Tiada riak sedih di mukanya,kelihatan dia cuba menyembunyikan apa yang tersirat di hatinya.Tidak tergambar bagaimana tabahnya budak ini.Di kala kita yang masih ada ibu dan bapa,dia hanya bertemankan neneknya yang satu.Ya Allah!aku mahu setabahnya dalam menempuh hidup ini.Penulis tutup cerita ini.Beralih pula kepada kisah yang memberikan satu teladan buat diri penulis,umat Islam adalah bersaudara.Ketika hampir azan dikumandangkan melalui corong pembesar suara masjid,saya dan rakan-rakan sempat merakamkan beberapa kepingan gambar untuk dijadikan tatapan bersama,kenangan yang tidak dapat dilupakan.Kami juga sempat mengalihkan pandangan,cuba memerhati gelagat masyarakat Mesir ketika hampir berbuka.Mak cik-mak cik yang berdekatan dengan kami perasan akan kami yang selalu memerhatikan mereka.Salah seorang daripada mereka menghulurkan sedikit juadah berbuka walau kami cuba memberi respon 'la baksa'kerana kami juga sudah membawa hidangan yang mencukupi.Jawabnya'ehna misriyyin wa muslimin,wa entum bardu muslimin'.Ya,kami tak menafikan,lalu menerimanya atas dasar persaudaraan.Ya,manisnya Islam kerana konsep persaudaraan yang dititikberatkan.Saya juga sempat berkenalan dengan 'Ahlam'/أحلا م .Begitulah serba ringkas apa yang ingin penulis paparkan buat pembaca sekalian.Penulis mengakhiri tinta penulisan kali ini dengan satu ayat bahasa al-Quran:

  

كاد رمضان أن ينتهي،وهو على وشك

 الانتهاء وسنفتقد هذا الجو الرمضاني حقا 



dan segugus doa:

اللهم اجعل رمضان شاهدا لنا لا
علينا،اللهم شفع فينا القرآن والصيام،اللهم اجعل كل أيامنا رمضان
.

Monday, 7 September 2009

JOM KE GERBANG JIHAD EKONOMI

The Prophet ( sallallahu ‘alaihi wasallam) said :

I have not been ordained through revelation to accumulate wealth and to be among the traders, but rather I have been asked through revelation to praise your Rabb( Lord) and to be among those who prostrate(offer salah) and to worship your Rabb until the yaqin(the absolutely certain thing: the death or the qiyamah) approach.

Hadith quoted by AL-GHAZALI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Untuk kali ini, penulis ingin membawa pembaca blog ini mengenali “ The Father of Economics” tidak lain dan tidak bukan Ibnu Khaldun. Nama penuh beliau ialah ‘Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami. Beliau dilahirkan di Tunisia pada 1 Mei 1332 Masihi bersamaan 1 Ramadhan Hijri. Alangkah beruntungnya Ibnu Khaldun lahir dalam bulan Ramadhan, bulan umat Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam. Beliau meninggal di Kaherah pada 19 Mac 1406 Masihi bersamaan 25 Ramadhan 808 Hijri..

Dalam bukunya yang kita sedia maklum, “Muqaddimah” telah menggariskan asas-asas dalam bidang pengetahuan yang berbeza, khususnya ilmu ketamadunan(al-‘Umran).Beliau banyak berjasa dalam ‘menggali telaga’ ekonomi. Sumbangan beliau yang penting terhadap ekonomi seharusnya meletakkannya sebagai pelopor dalam sejarah idea ekonomi bukannya Adam Smith yang diagungkan Barat.Walaupun beliau mempunyai sumbangan yang hebat dalam lingkungan tahun 300 hingga 700 Masihi, selepas kematian Ibnu Khaldun.

Hakikatnya, Ibnu Khaldun yang mula merintis jalan ke arah pengenalan bidang ekonomi. Ibnu Khaldun tidak hanya mengembangkan teori ekonomi kuno sama ada dalam bidang pengeluaran, bekalan, atau kos, bahkan beliau juga mempelopori bidang penggunaan, permintaan dan kegunaan, yang merupakan batu asas kepada teori ekonomi moden.

Sebelum Ibnu Khaldun, Plato dan ‘Xerophone’ terkininya telah wujud. Barangkali sebagai penulisan untuk pertama kali, satu laporan kasar terhadap pengkhususan dan pembahagian kerja telah dibentangkan. Pada satu tahap bukan teori, orang Mesir Purba dalam dinasti ke-18 menggunakan teknik pengkhususan, bertujuan untuk menjimatkan masa dan menghasilkan lebih banyak kerja dalam sejam. Mengikut Plato, Aristotle telah mengutarakan cadangan akan pengertian ekonomi dan mempertimbangkan kegunaan wang dalam tukaran analisisnya. Sebagai contoh, kegunaan kasut untuk pemakaian dan kegunaanya dalam penukaran. Kemudiannya Adam Smith mendedahkan kasut sebagai nilai kegunaan dan penukaran.

Sebelum Ibnu Khaldun, aspek pemikiran ekonomi yang lain adalah semata-mata berdasarkan akademik dan idea “Canonities”, yang meletakkan ekonomi dalam rangka undang-undang berdasarkan agama dan persepsi moral untuk kebaikan semua. Oleh itu, semua kegiatan ekonomi adalah terikat dengan undang-undang. Ibnu Khaldun menyedari akan idea-idea ini termasuk satu idea yang berhubung kait dengan agama, yang menjadi tanggungjawab kerajaan yang baik dan tanggungjawab seseorang terhadap yang lain adalah secara berkesannya dihuraikan secara terperinci dalam perbincangan terhadap surat Tahir Ibn al-Husain, amir Khurasan kepada anaknya ‘Abdallah. Tahir dan keturunannya telah memerintah Khurasan sehingga 872 Masihi. Daripada idea asasnya, Ibnu Khaldun membina satu teori pencukaian yang mempengaruhi pemikiran ekonomi moden dan juga dasar ekonomi di Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain.

Dokumen ini memberikan kepada Ibnu Khaldun penghargaan yang berpanjangan dan pahatan nama beliau dalam sejarah serta menempatkan beliau sewajarnya dalam sejarah pemikiran ekonomi. Idea-idea asas beliau adalah hakiki dan mendalam dan diterima walaupun terdapat pelbagai jenis ekonomi yang telah wujud. Beberapa abad kemudian, idea yang sama telah diperkembangkan oleh golongan kapitalis, iaitu pemodal dagangan dalam abad ke-17 – Sir William Patty, Adam Smith, David Ricardo, Thomas R.Malthus, Karl Marx, dan John Maynird – hanya menamakan beberapa orang sahaja. Akhirnya, idea ini diteruskan oleh ahli teori ekonomi mutakhir.

Bersambung…

Monday, 3 August 2009

ماذا يقال عن الاستشراق؟

ماذا يقال عن الاستشراق؟هذا السؤال يجوز أن يسأل قبل أن نقف على التعريف الدقيق للاستشراق.إذا تصفحنا في القاموس،لوجدنا أن معناه هو اتجاه الغربيين نحو الاهتمام بتراث الشرق وحضاراته ولغاته.إن الذي يقوم بهذا هو المستشرق،أي الأديب الغربي الذي يهتم بدراسة عن الشرق وكل ما فيه.
لو نظرنا إلى الحقيقة التاريخية،لوجدنا أن الاستشراق بدأ عندما قصد الرهبان الغربيون الأندلس في إبان عظمتها وسمعتها،وتتعلموا في مدارسها،وترجموا القرآن والكتب العربية إلى لغاتهم الأصلية.بعد عودة هؤلاء الرهبان إلى بلادهم،نشروا ثقافة العرب وقاموا بتأسيس المعاهد للدرسات العربية فيها.في القرن الثامن عشر،علماء الغرب يتنافسون في الاستشراق وفي القرن نفسه،بدأ الغرب في استعمار العالم الإسلامي.
علما بهذا الاستشراق،قد عقد أول مؤتمر عنه في باريس عام 1873 م وما يزال ذلك حتى عصرنا الحاضر.توجد خمسة دوافع تدفع إلى الاستشراق وهي الدافع الديني والاستعماري والتجاري والسياسي ولا ترك فيها الدافع العلمي.المستشرقون هدفهم أن يطعنوا في الإسلام ويشوهوا ويحرفو ه،أما من حيث الاستعمار،فلم ييأس الغربيون في احتلال بلاد الإسلام سواء أكان الاستعمار بالحرب أم بالفكر.إن المستشرقين أيضا هم الذين يرغبون في الاتصال مع الشرق لترويج منتجاتهم وهم يهدفون قتل الصناعة في بلاد الإسلام.لا يقتصر جهدهم في الدوافع الأربعة التي قد ذكرت من قبل،لكنهم يحاولون إدخال الاتجاهات السياسية التي تريد دولتهم وفي القيام على أقدامهم الملعونة.وأهم شيء الذي يدفع إلى الاستشراق هو العلم.هم يسيطرون على العلم ويحرفوه على ما يشاءون.وهناك من أسلم بعد أن اطلع على بحثهم الحقيقي للتعلم ليس للربح ولا للمال،لكنهم أقلية في أوساط المستشرقين.
ومن الخطر أن يتفق المسلمون على ما يقول المستشرقون ويمجدوهم ويؤيدوا كل قول للمستشرقين.وللأسف الشديد،صوروا لنا الحضارة الإسلامية تصويرا كاذبا حتى لا نرغب في الرقى الحضاري.علينا أن نكتشف الحق حتى ننهض على أقدامنا لا على أيدي المتعصبين ضد الإسلام.يأمرنا ديننا الحنيف في العدل حتى مع أعدائنا في قوله تعالى:"ولا يجرمنكم شنئان قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى".وصدق النبي إذ يقول:"يأتي زمان تداعى عليكم الأمم كماتداعى الأكلة على قصعتها.قالوا أومن قلة فينا يومئذ يا رسول الله!قال كلا.فأنتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل وسينزع الله من قلوب عدوكم المهابة منكم."

Friday, 3 July 2009

Daulah Islamiyyah;dahulu dan sekarang

Disunting daripada ruangan minda mufti...

KEBANGKITAN rakyat Iran membantah keputusan pilihanraya mereka menjadi berita hangat di seluruh dunia.
Anggapan bahawa pilihanraya mereka tidak telus dan adanya unsur penipuan dikongsi jutaan rakyat negara tersebut. Ini merupakan kebangkitan yang terbesar sejak revolusi negara 'clergy' tersebut.
Sudah pasti ada asas tertentu kepercayaan rakyat terhakis terhadap keputusan pilihanraya mereka, atau ada isu lain yang mendesak mereka bangkit, samada isu ekonomi, kezaliman, penindasan dan seumpamanya.
Penulis bukan ingin mengulas tentang pergolakan politik negara Syiah Imamiyyah tersebut. Namun adalah penting untuk kita tahu bahawa kebangkitan revolusi Iran 1979 mempunyai peranan yang penting mempengaruhi perjuangan gerakan Islam di seluruh dunia dalam memperjuangkan apa yang diistilahkan sebagai 'Daulah Islamiyyah' (Islamic State).
Kejayaan Iran membentuk negara yang dikuasai kelompok mullah atau ulama' membakar semangat Islam ramai pejuang daulah Islamiyyah. Banyak pihak kagum dan menyanjung tinggi Ayatullah Khomeini dan pemikiran revolusinya.
Sehinggalah isu-isu berkaitan Syiah timbul dengan jelas dan para penyanjung Khomeini seperti tokoh al-Ikhwan al-Muslimin Sa'id Hawwa mula menarik diri disebabkan perbezaan kefahaman aliran Sunnah dan Syi'ah.
Beliau menulis buku al-Khumainiyyah: Syuzuz fi al-'Aqaid wa syuzuz fi al-Mawaqif (Khomeinism: Pelik Dalam Akidah dan Pendirian).
Ini kerana atas semangat revolusi tersebut, buku-buku Khomeinei seperti Hukumah Islamiyyah, Kasyf al-Asrar dan lain-lain mula dibaca oleh para pencinta Islamic State dan mereka mula mendapati perkara-perkara yang amat sukar untuk diterima seperti menyandarkan zindiq dan kekufuran kepada Saiyyidina 'Umar bin al-Khattab r.a.
Apapun Iran telah melakukan usaha yang hebat dalam menempatkan pemikiran politik agama dalam dunia ini.
Apapun, Iran dengan aliran Syiah Imamiyyah ada keistimewaan yang tersendiri.
Mazhab Syiah adalah mazhab politik. Ia tercetus hasil dari pertelingkahan politik lalu dibentuk menjadi mazhab akidah dengan dimasukkan dogma dan elemen akidah. Ayat-ayat al-Quran dan nas-nas Nabi s.a.w ditafsirkan menurut asas kepercayaan politik tertentu.
Tokok-tambah nas-nas Nabi s.a.w begitu lama dan banyak sehingga menyebabkan mazhab itu stabil sebagai sebuah aliran politik agama. Hal ini tidak jauh dari apa yang berlaku kepada sesetengah gerakan atau parti politik agama dalam dunia ini.
Pertelingkahan yang bermula dengan isu-isu politik dibentuk menjadi isu-isu akidah sehingga ke peringkat mengkafir dan menyesatkan antara satu sama lain.
Namun Syiah Imamiyyah jauh lebih setabil disebabkan usia dan pengalamannya yang panjang. Begitu banyak hadis-hadis yang telah diwujudkan sepanjang tempoh kempen politik mereka yang berlarutan sejak hampir empat belas kurun lamanya.
Hadis-hadis 'keluaran baru' politik memenuhi mazhab mereka. Ini seperti kononnya Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang suka hidup seperti hidupku, mati seperti matiku, tinggal di syurga 'adn yang ditanam oleh tuhanku maka hendaklah dia mengangkat 'Ali selepasku. Juga mengangkat penggantinya.
Hendaklah dia mengikut para imam selepasku, kerana sesungguhnya mereka adalah kaum keluargaku, diciptakan daripada asal-usulku, direzekikan kefahaman dan ilmuku.
Celakalah golongan umatku yang membantah kelebihan mereka dan memutuskan hubungan denganku. Semoga Allah tidak memberikan mereka syafaatku". Pada nilaian ulama hadis aliran Ahli Sunnah hadis ini palsu, sanadnya (rangkaian rawinya) gelap, kesemua para perawinya tidak dikenali dengan pasti kecuali seorang iaitu Ibn Abi Rawwad. Nama-nama para perawi lain tidak pernah disebut oleh para ulama al-Jarh wa al-Ta'dil.
Apapun hadis ini disanjung oleh Syiah kerana ia penting dalam kempen politik yang dibawa oleh aliran tersebut.
Berbalik kepada isu pembentukan negara agama, Syiah nampaknya jauh lebih berpengalaman disebabkan itulah perjuangannya sejak awal kewujudannya.
Perjuangan merebut kerajaan dari tangan pemerintah-pemerintah muslim yang pernah ada sepanjang sejarah untuk membentuk negara yang tersendiri pada aliran dan pegangannya.
Adapun aliran muktabar ahli sunnah, mereka lebih cenderung menyerahkan urusan politik kepada sesiapa sahaja di kalangan umat Islam, dengan mereka mensyaratkan agar tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, berlaku keadilan dan memerintah atas asas kemaslahatan rakyat.
Sesiapa sahaja yang sanggup melakukan demikian dipuji dan disokong oleh para ulama Ahli Sunnah yang ikhlas, jika tidak amar makruf nahi munkar akan dijalankan. Bukan kecenderungan mereka mempolitikkan agama atau terlibat dengan politik agama.
Inilah yang kita lihat dihayati oleh al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi'I, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Ya, mereka merupakan pengkritik yang tegas dan berani, namun mereka tidak pernah menyeru untuk diberikan 'kerusi' kepada mereka.

Monday, 29 June 2009

Saturday, 27 June 2009

BINGKISAN PUISI

Dipetik daripada"Dr. Mohamad Iqbal",bekas pelajar Maktab Mahmud(exmaahadian)

"BANGKITLAH!
DAN PIKULLAH AMANAT INI DI ATAS PUNDAKMU
HEMBUSKANLAH
PANAS NAFASMU DI ATAS KEBUN INI....AGAR
HARUM-HARUMAN
NAFASMU MELIPUTI
SEGALA....JANGANLAH!
JANGAN DIPILIH HIDUP BAGAIKAN NYANYIAN OMBAK...HANYA
BERNYANYI,KETIKA TERHEMPAS DI PANTAI...!
TAPI JADILAH KAMU IBARAT AIR BAH,MENGGUGAH DAN MENGUBAH DUNIA DENGAN AMALMU".

Thursday, 25 June 2009

ما أهم الحب!

يحكى أن امرأة خرجت من بيتها فوجدت ثلاثة شيوخ،يجلسون على مسافة قريبة من مدخل البيت.استرعى المنظر انتباه المرأة فقالت لهم:يخيل لي رغم أنني لا أعرفكم أنكم تعانون الجوع فتفضلوا وتعالوا لتأكلوا داخل الدار وتشاركونا ما لدينا من طعام.سأل الثلاثة:هل زوجك في الداخل؟قالت المرأة:بكل أسف هو في الخارج،أجابوا:إذن لا نستطيع الدخول.في المساء عندما رجع الزوج أخبرته زوجته بحكاية الشيوخ الثلاثة.قال الزوج:إذن اخرجي واخبريهم أنني عدت،وذهبت الزوجة تدعوهم للدخول فقد وصل زوجها،ولكنهم أبلغوها أنهم لا يستطيعون الدخول إلى البيت سويا وعلى الزوجين أن يختارا واحد من بينهم،وتقدم الثلاثة قائلا:أنا اسمي (النجاح)وصديقي اسمه(الثروة)
أما ثالثنا فاسمه(الحب).
عادت الزوجة إلى زوجها الذي سعيد بما سمعه وقال لها إذا كان ذلك صحيحا فادعى(الثروة)للدخول فمن المؤكد أنه سيملأ بيتنا بالمال،قالت الزوجة:تريد الحصول على المال بالساهل،لماذا لا ندعو(النجاح)وهو يحقق لنا(الثروة)؟وابنتهما التي تسترق السمع قالت:أليس من الأفضل أن ندعو الحب؟لمعت عينا الزوجين وعز عليهما أن يردا طلبا للابنة فذهبت الزوجة تسال من منكم (الحب)حتى يتفضل بقبول دعوتنا،عند ذلك وقف الحب واتجه إلى البيت ويتبعه (النجاح والثروة).قالت المرأة في دهشة:لقد قلتم لي إن علي أن أدعو أحدكم فلماذا جئتم جميعا،أجاب الاثنان:لو أنك دعوت الثروة أو النجاح لقبل دعوتك وحده أما أنك دعوت الحب فأينما ذهب الحب رافقه النجاح والثروة،فالحب هو الذي يصنع النجاح والنجاح هو الذي يصنع المال،ولا طعم للمال بدون نجاح،ولا معنى لأي نجاح تحققه في مجال لا تحبه.

فلسفة غريبة،لكنها الواقع.

فلولا الحب في جوانحه *   ما أصبح الإنسان إنسانا

Wednesday, 24 June 2009

DAKWAH TIDAK ADIL?

Assalamualaikum W.B.T...

Pada kali ini saya akan berbicara tanpa lisan dengan menggunakan bahasa ibunda saya sendiri.Saya bukanlah bertujuan untuk menidakkan peri pentingnya bahasa Arab dan bahasa Inggeris,tetapi saya cuba mengaplikasikan ketiga-tiga bahasa yang saya pelajari.
Sejauh mana kebenaran yang mengatakan proses dakwah tidak adil.Berdasarkan kefahaman saya,dakwah secara umumnya boleh diertikan sebagai seruan ke arah kebaikan dan melarang berbuat kejahatan.Jom kita pusatkan medan penglihatan 360% kita ke arah senario yang tertera dibawah...
1-A dan B melakukan kesalahan yang sama atau hampir sama,C menegur kesalahan A tetapi tidak kepada B.
2-A dan B melakukan kesalahan,C berani menegur B tetapi tidak kepada A.
3-A dan B serta C bersama-sama,C tidak dipedulikan dan seolah-olah tidak wujud pada pandangan A dan B.
4-A dan B mengkhabarkan kepada C pada dua waktu yang berbeza,C menumpukan perhatian dan pendengaran tanpa membalas atau menyampuk kepada si B tetapi tidak kepada A.
5-A berdakwah kepada B sekian sekian,tetapi tidak kepada C.

Kesimpulannya,berbahagialah orang yang adil dalam persahabatannya dan berdakwah dengan adil kerana adil dalam persahabatan adalah perkara subjektif.
NO PEACE,NO JUSTICE

Wednesday, 17 June 2009

The Spirit of My Life

Assalamualaikum W.B.T;
The three weeks holiday that my friends and i are waiting for,is coming.As long as i'm in Egypt,i am never on leave for more than one week.So,i must plan the beneficial activities,so that i can put aside from remembering to go back hometown and thinking of my family.Even though that,if we are far away,we cannot deny,that is memory to the parents.So,as my love for them and in conjuction with the father's day,i dedicate this mentioned below to both of my parents although just on this invaluable.

When we are far away,
Still i feel,
Ur great love,
How much i miss your calm face,
Coming to accompany me,
Because i know i still not strong enough,
To face unexpected challenges in this new era,
Your calmness always play in my mind,
Looks like no anxious,
Although your heart always be injured,
When myself do mistake,
You never leave me alone,
When i'm in sadness,
You hug lovingly,
When i'm in frustration,
You loyal teaching me,
The real meaning of strength,
The proud shines in your smile seeing me succeed,
When i fail,
You never let me disappointed and upset,
With your amazing word,
You enlighten my spirit,
So that i'm in high determination,
I know deeply,
You always recite doa,
That i know your voice sounded full of hope,

Hoping that i will be a good one,
Useful to religion,nation and homeland.



Although you got angry with me,i know you want me to be better in all aspects.You always take care of my education,sent me to religious school even you were never there.I can see that you want me to be better.Sometimes i'm slack,you never give up,how much your sacrifice for me!
Your love of me was never in doubt.I wanna say that i wanna make you very proud of me.

Sincerely...